{"product_id":"dinasti-bugis-dalam-sejarah-kesultanan-johor-pahang-riau-lingga","title":"Dinasti Bugis: Dalam Sejarah Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga","description":"Buku ini bertujuan untuk menerangkan, membincangkan dan menganalisis tentang sejarah pengaruh masyarakat Bugis di Semenanjung Tanah Melayu sehingga tertubuhnya Dinasti Yang Dipertuan Muda Bugis dalam empayar Kesultanan Johor-Pahang-Riau-Lingga. Ia menjelaskan bagaimana dan mengapa masyarakat Bugis yang berasal dari Semenanjung Sulawesi Selatan bermigrasi secara besar-besaran ke bahagian barat Kepulauan Alam Melayu pada akhir abad ke-17 Masihi. Penyebaran tersebut mempengaruhi sistem pentadbiran beberapa kerajaan di bahagian barat Kepulauan Alam Melayu termasuklah Kerajaan Johor. Buku ini menganalisis latar belakang sepuluh orang Yang Dipertuan Muda Bugis, cara pentadbiran mereka dan peristiwa-peristiwa semasa pemerintahan mereka, berdasarkan Kitab Tuhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji ibni Raja Ahmad. Ia juga membincangkan Kesultanan Riau-Lingga, salah satu daripada tiga kesultanan yang dipecahkan daripada Kesultanan Johor, sebagai penerusan warisan Yang Dipertuan Muda Bugis dalam Kesultanan Johor yang dipecahkan oleh kuasa Eropah seperti Belanda dan Inggeris pada awal abad ke-19. Bagaimana peristiwa tersebut berlaku turut dianalisis. Penglibatan dan pengaruh masyarakat Bugis dalam hal ehwal istana Kesultanan Johor dan Riau-Lingga telah meninggalkan legasi berharga dalam sejarah rumpun Kepulauan Alam Melayu, terutamanya dalam bidang persuratan dan kesusasteraan Alam Melayu-Islam.","brand":"Bookshop.sg","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":43621005492302,"sku":"9786297733142","price":19.0,"currency_code":"SGD","in_stock":true}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/f0466fa8-adae-404a-9f32-6ea549e204a8.jpg?v=1775934985","url":"https:\/\/bookshop.sg\/products\/dinasti-bugis-dalam-sejarah-kesultanan-johor-pahang-riau-lingga","provider":"Bookshop.sg","version":"1.0","type":"link"}