{"product_id":"falsafah-syaitan","title":"Falsafah Syaitan","description":"Terbitan pertama 2020 oleh Jejak Tarbiah dengan izin hakcipta daripada Gema Insani mewakili pewaris Hamka.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eDaripada karya Penuntun Jiwa\u003cbr\u003e\u003cbr\u003e------------------------------------------------------------------------------------\u003cbr\u003e\u003cbr\u003ePenegasan berulang kali di dalam Al-Quran mengenai pengisytiharan permusuhan terhadap syaitan membawa makna yang besar dan penting untuk ditekuni.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eJejak Tarbiah meluncurkan semula karya Hamka ini ke tengah masyarakat dengan tujuan supaya umat Islam yang kini saling bercakaran kembali mengenal musuhnya yang hakiki, iaitu syaitan.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eSyaitan adalah musuh manusia yang wajib dimusuhi dan diperangi. Enggan memusuhinya bakal mengundang dosa kerana ia tindakan melanggar arahan Tuhan.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eHamka melalui helaian karya ringkas ini cuba mengingatkan kita perihal Tazkiyatun Nafs atau aspek penyucian jiwa yang sangat diperlukan manusia.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eMembaca naskah ini ternyata mampu membuka mata betapa hati jantung manusia perlu sentiasa sihat dan bersih. Jangan sesekali buka pintu atau lubangnya kepada syaitan. Jika sekali terbuka, pasti bencana hasutannya akan menjengah masuk dengan deras.","brand":"Bookshop.sg","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":42904422907982,"sku":"9789671754313","price":13.0,"currency_code":"SGD","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/52708664.jpg?v=1758084605","url":"https:\/\/bookshop.sg\/products\/falsafah-syaitan","provider":"Bookshop.sg","version":"1.0","type":"link"}