{"product_id":"rahsia-rahsia-puasa","title":"Rahsia-Rahsia Puasa","description":"Puasa merupakan shariat yang telah ada sejak sebelum zaman Nabi Muhammad ﷺ. Ia merupakan salah satu shariat yang diteruskan dalam Islam, sesuai dengan peranan agama ini sebagai penyunggah agama-agama terdahulu dalam hal Kebenaran (musaddiqan lima ma'akum). (Surah al-Baqarah 2: 41).\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eNamun, Islam tidak hanya datang sebagai penerus shariat terdahulu malah turut memperkayakannya. Jika shariat para Nabi terdahulu - terutamanya nabi-nabi yang dilantik daripada keturunan Nabi Ishaq a.s - lebih menekankan aspek amalannya, dan shariat Nabi Isa a.s pula lebih mementingkan aspek keruhaniannya, maka shariat Nabi Muhammad ﷺ. adalah pengimbang antara kedua-duanya.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eIntisari aspek luaran dan dalaman yang terkandung dalam shariat Islam inilah yang dibahaskan oleh Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali (wafat 1111 Masihi) melalui kitabnya Asrar al-Sawm.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003eKitab ini membahaskan aspek dalaman berpuasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha mendekatkan diri kepada Allah (muqarabatillah). Dalam erti kata lain, beliau membahaskan aspek tasawwuf bagi amalan berpuasa.\u003cbr\u003e\u003cbr\u003ePuasa merupakan ibadah yang mengandungi 1001 hikmah dan keistimewaan tersendiri. Ia berfungsi sebagai sebuah madrasah bagi seseorang untuk melatih diri, jiwa, dan nafsu. Dengan buku ini, smeoga pembaca memperoleh intipati faedah berpuasa dan menyunggahkan hakikatnya sebagai proses penyucian diri.","brand":"Bookshop.sg","offers":[{"title":"Nurul Anwar Bookstore","offer_id":43621007097934,"sku":"9789671897652","price":12.0,"currency_code":"SGD","in_stock":false}],"thumbnail_url":"\/\/cdn.shopify.com\/s\/files\/1\/0645\/3857\/4926\/files\/57595707.jpg?v=1775934987","url":"https:\/\/bookshop.sg\/products\/rahsia-rahsia-puasa","provider":"Bookshop.sg","version":"1.0","type":"link"}