Skip to product information
1 of 1

Ilmu Tatabahasa Arab Di Alam Melayu

Ilmu Tatabahasa Arab Di Alam Melayu

Regular price $22.00
Sold out
Buy the book from:
Ilmu Tatabahasa Arab di Alam Melayu menerokai sejarah tatabahasa Arab di Alam Melayu serta naratif perkembangannya berdasarkan sumber-sumber sejarah dan sastera yang jitu. Buku ini mempunyai tahap keaslian dapatan yang tinggi bagi memberi perspektif baharu tentang hubungan erat antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab, bukan hanya pada kata pinjaman dan istilah agama, malah juga pada aspek binaan teori tatabahasa Melayu abad ke-19. Ilmu tatabahasa Arab dianggarkan telah diajar sejak abad ke-15 di Alam Melayu. Tradisi pengajian ini berkembang pesat hingga tersebar ke pulau-pulau utama Nusantara. Setelah beberapa abad konvensi ini berterusan, menggunakan rujukan dan kaedah-kaedah tertentu, maka lahirlah sebilangan ilmuwan Melayu yang mampu berkarya dalam bidang tatabahasa pada abad ke-19. Terdapat dua kaedah penerapan ilmu tatabahasa Arab dalam kalangan bangsa Melayu. Pertama, dengan menghasilkan tulisan bermutu bagi memudahkan pelajar Melayu mempelajarinya. Gerakan ini terjadi di kota Makkah, dengan ulama-ulama Melayu, seperti Nawawi Banten dan Ahmad al-Fatani bergiat aktif dalam bidang pendidikan Islam. Kedua, dengan menjadikan ilmu tatabahasa Arab sebagai asas kebangkitan budaya persuratan Melayu menerusi pembinaan teori tatabahasa Melayu berdasarkan teori tatabahasa Arab seperti yang dapat dilihat pada sebilangan karya Raja Ali Haji.

Details of Book

ISBN13: 9789674882709
ISBN10: 9674882707
Language: Malay
Publisher: Penerbit Um

Related Collections:

A note on book covers: while we do our best to ensure the accuracy of cover images, ISBNs may at times be reused for different editions of the same title which may hence appear as a different cover.

View full details
  • One Line Summary

    Explores historical and cultural ties between Malay and Arabic.

  • Who is this book for?

    If you're curious about the deep historical connections between Malay and Arabic languages, this book offers a fascinating insight into their intertwined development. It highlights how Arabic grammar influenced Malay linguistic traditions and sheds light on the rich scholarly heritage that emerged from this contact. Reading this, you'll gain a new perspective on the cultural exchanges that shaped the region's intellectual history.

Your cart
Bookshop Total Quantity Price Total
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
$22.00/ea
$0.00
$22.00/ea $0.00