Skip to product information
1 of 1

Kitāb Ādāb Perempuan

Kitāb Ādāb Perempuan

4.16 (rated by 61 readers on Goodreads)
Regular price $23.00
Sold out
Buy the book from:
Ḥikmah dan kebijaksanaan leluhur kita dalam ḥāl iḥwal rumah tangga dibuktikan dalam Kitāb Ādāb Perempuan. Ianya sebuah karya penting yang mengasuh pengetahuan kekeluargaan seawal peringkat pemilihan pasangan, sehinggalah sebesar-besar kewajipan: yaʻnī pendidikan anak-anak.

Nilai-nilai keṣiḥatan, antaranya naṣīḥat untuk ibu mengandung, panduan menyusu dan mencari ibu susuan, serta penjagaan kesihatan anak terdapat dalam naskhah ini – dengan lengkap dan terperinci.

Kitab ini juga membincangkan urus tadbir rumah tangga dan perbendaharaan isi rumah dengan rinci. Pengarang menṣifatkan peranan perempuan sebagai isteri, ibu, dan penghulu rumah tangga sebagai:
…sebesar-besar pekerjaan yang patut disempurnakan kerana berkhidmatkan waṭan (tanah air) kemanusiaan.

Kitāb ini dikarang pada tahun 1926 oleh Aḥmad Yaʻqūb Al-Johori bagi rujukan dan bacaan perempuan-perempuan muda dan digunakan sebagai pengajaran di dalam sekolah-sekolah agama kerajaan Johor sebagai persediaan awal menempuh ʻālam perkahwinan. Pada tahun 1965, kitāb ini telah pun mencapai juzu’ (edisi) ketiga dengan bilangan cetakan yang kesembilan.

“Kitāb ini adalah suatu bahan kajian penting dan ruju‘kan yang amat unik dalam menilai pemikiran, tradisi dan budaya ʻaIlmu dalam kalangan wanita Melayu pada masa tersebut. Pandangan ʻaLam Islām yang sebati dalam nilai-nilai budaya Melayu terserlah dalam kandungan Kitāb Ādāb Perempuan ini. Kitāb ini telah disusun secara teratur dan diajarkan kepada golongan remaja wanita yang belum berkahwin sebagai persediaan menempuh ʻaλam perkahwinan. Kandungan asasnya iaitu ʻaIlmu pengurusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak telah dimulakan dengan asas-asas perkahwinan, kedudukan lelaki dan wanita dalam Islām, serta ḥaqq suami ke atas isterinya, begitu juga ḥaqq isteri ke atas suaminya.”

Dr Asmaa’ Mohd Arshad
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Keistimewaan Penerbitan Siri Persūratan Jāwī ini ialah:

– Pengenalan
– Perūmīan bernota kaki
– Salinan asal teks Jāwī
– Glosari iṣṭilāḥ nadīr
– Indeks

Details of Book

ISBN13: 9789671474846
ISBN10: 9671474845
Publication Year: 2017
Format: Paperback

Related Collections:

A note on book covers: while we do our best to ensure the accuracy of cover images, ISBNs may at times be reused for different editions of the same title which may hence appear as a different cover.

View full details
  • One Line Summary

    Timeless guide for women on family and marriage.

  • Who is this book for?

    If you're interested in traditional values and the role of women in Malay culture, this book offers a detailed insight. It's like having a wise elder's advice on everything from choosing a partner to raising children, rooted in both Islamic principles and local customs. You'll find it a valuable resource to understand the historical perspective of societal roles for women and family management.

Your cart
Bookshop Total Quantity Price Total
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
$23.00/ea
$0.00
Sold out
$23.00/ea $0.00