Skip to product information
1 of 1

Konsep Mukashafah Dalam Kitab Tafsir Al-Fawatih Al-Ilahiyat

Konsep Mukashafah Dalam Kitab Tafsir Al-Fawatih Al-Ilahiyat

Regular price $18.00
Sold out
Buy the book from:
Kitab al-Fawatih al-Ilahiyat, atau judul lengkapnya, al-Fawatih al-Ilahiyat wa al-Mafatih al-Ghaybiyat al-Muwaddihat lil al-Karim al-Qur'aniyah wal al-Hikam al-Furqaniyah karya Syeikh Abd al-Qadir al-Jilani adalah sebuah kitab tafsir al-Qur'an yang menggabungkan kaedah tafsir al-Ishari dan tafsir Sufi al-Nazari berdasarkan konsep Mukashafah sehingga melahirkan satu kaedah pandangan terhadap alam ketuhanan yang dinamakan sebagai Tauhid al-Shuhudi. Penyataan ini berpandukan perbandingan terhadap kitab-kitab tafsir di zaman Syeikh Abd Qadir al-Jilani dan zaman-zaman sebelumnya yang mana tiada dijelaskan konsep Tauhid secara menyeluruh sebagaimana yang dihuraikan oleh beliau dalam kitab tafsirnya ini. Tauhid al-Shuhudi ialah Tauhid yang berbentuk pandangan hati secara Mushahadah, terhasil dari Mushakafah yang membawa kepada penjelasan pengertian Ihsan sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith secara mendalam. Tauhid al-Shuhudi adalah pandangan terhadap ketuhanan melalui empat aspek iaitu al-Af'al, al-Asma', al-Sifat dan al-Dhat. Tujuan dari Tauhid ini adalah untuk mendapatkan Tajalli Shuhudi bagi segala sifat-sifat Allah sehingga terhasil bagi salik yang berjalan kepada jalan Allah SWT akan Fana fi al-Sifatillah dan Dhatillah iaitu Fana' dalam segala sifat-sifat Allah, sehingga mencapai Baqa'billah. Tauhid yang dijelaskan oleh Syeikh Abd Qadir al-Jilani dalam tafsirnya ini adalah tauhid peringkat tinggi yang membawa seseorang mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal di samping tidak meninggalkan proses mujahadah. Kitab tafsir ini menghimpunkan pandangan-pandangan batin beliau yang mewakili hati seorang ahli ibadah yang bergerak dari Tawhid al-Istidlali menuju kepada Tawhid al-Shuhudi melalui jalan Mushakafah.

Details of Book

ISBN13: 9789672510574
ISBN10: 9672510578
Language: Malay
Publisher: Penerbit Ukm

Related Collections:

A note on book covers: while we do our best to ensure the accuracy of cover images, ISBNs may at times be reused for different editions of the same title which may hence appear as a different cover.

View full details
  • One Line Summary

    Deep mystical approach to understanding divine unity.

  • Who is this book for?

    If you're interested in exploring the Sufi perspective on divine unity and spiritual insight, this book offers a profound and unique outlook. It combines traditional tafsir with mystical experiences, giving you a glimpse into the author's spiritual journey and understanding of Allah through Mushahadah. This read is especially enriching for those seeking a higher level of spiritual connection and understanding beyond conventional doctrines.

Your cart
Bookshop Total Quantity Price Total
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
Nurul Anwar BookstoreNurul Anwar Bookstore is committed to presenting the works of notable Jawi scholars while preserving and promoting the Malay language.
$18.00/ea
$0.00
$18.00/ea $0.00