-
A note on book covers: while we do our best to ensure the accuracy of cover images, ISBNs may at times be reused for different editions of the same title which may hence appear as a different cover.
Mukjizat Al-Quran
Mukjizat Al-Quran
Couldn't load pickup availability
Bagi yang belum mengenali asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, beliau merupakan seorang ulama Syria yang sangat disegani di peringkat global. Pandangannya mendahului zaman, dan kata-katanya telah membimbing jutaan ummah. Beliau wafat pada tahun 2013 ketika sedang memberi kuliah di masjid akibat dibom oleh kelompok ekstrimis di sana. Sebuah kehilangan yang besar bagi Dunia Islam. Ilmuwan ulung ini meninggalkan puluhan karyanya kepada kita, namun baru beberapa judul sahaja yang telah diterjemahkan ke bahasa kita.
Buku ini adalah salah satu daripada Siri Kajian al-Quran yang beliau jalankan, dan kali ini mengenai topik Mukjizat al-Quran. Kata asy-Syahid, istilah "mukjizat al-Quran" itu adalah perkataan yang biasa didengari, namun tidak ramai yang memahami maksud istilah tersebut. Apakah yang kita tahu mengenai "al-Quran itu adalah mukjizat"? Tegasnya, orang yang tidak "mendampingi" al-Quran dengan sepenuh jiwa pasti tidak akan merasai sisi kemukjizatan al-Quran.
Padahal, al-Quran itu ialah kalam Allah SWT yang perlu dihayati dan dijiwai oleh seluruh umat manusia. Walaupun terdapat pelbagai usaha yang dijalankan, dengan wujudnya banyak pusat tahfiz, musabaqah tilawah al-Quran dan sebagainya, bagi beliau itu semua belum memadai. Kerana di sana akan wujud dua kelompok manusia dalam masyarakat: yang satu memahami al-Quran dan berusaha menerapkan ajarannya dalam kehidupan, sedangkan pihak yang satu lagi bergerak pada arah yang bertentangan.
Oleh itu, keagungan dan kemuliaan al-Quran ini perlu menyelinap masuk ke dalam hati setiap anggota masyarakat. Dalam huraian beliau ini, beliau berusaha menampilkan kupasan yang segar dan baharu mengenai mukjizat-mukjizat al-Quran bagi memudahkan kefahaman orang zaman sekarang.
Details of Book
Related Collections:
A note on book covers: while we do our best to ensure the accuracy of cover images, ISBNs may at times be reused for different editions of the same title which may hence appear as a different cover.

-
One Line Summary
Deep exploration of Quranic miracles for believers.
-
Who is this book for?
If you're curious about the true essence of the Quran's miracles, this book offers a thoughtful perspective that goes beyond just surface understanding. Dr. Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti invites you to delve into the heart of these divine signs, encouraging a more spiritual and immersive connection. It's a compelling read for those seeking to deepen their faith and understanding of the Quran's timeless wonders.